Akhirnya, semua kelas dah habis. Ini bermaksud peperiksaan akhir pun hampir sampai. Apa yang harus saya buat sekarang sepatutnya adalah mengulangkaji mata pelajaran yang telah saya ambil pada semester ini. Tetapi saya pun tak tahu kenapa saya langsung tiada semangat untuk belajar. Adakah saya dah menjadi semakin hari semakin malas? Tak boleh!!! Tak boleh macam tu. Sikap ini akan mengganggu prestasi akademik saya. Minggu ulangkaji dah tiada, saya perlu pandai menggunakan masa dengan bijak! Jangan buang masa lagi. Dengan pembahagian masa yang ditentukan saya sendiri, saya berjaya menghabiskan semua tugasan dan pembentangan yang telah diminta oleh pensyarah. Lepas habis menulis blog terakhir saya ini, saya rasa saya mempunyai lebih masa untuk memberi penumpuan yang secukupnya dalam membuat ulangkaji. Akhirnya...
Wednesday, 3 June 2015
Tuesday, 2 June 2015
Pencemaran
Pencemaran merupakan tajuk pembentangan saya dalam subjek "Academic Communication". Kenapa saya pilih tajuk ini? Sebab dunia ini penuh dengan kekotoran dan pencemaran. Dan juga saya ingin membolehkan orang ramai mengetahui apakah sebab sesuatu pencemaran berlaku dan kesannya terhadap manusia dan juga alam sekitar. Untuk memudahkan pembentangan saya kemudian, saya telah mencari banyak artikel yang berkaitan dengan pencemaran. Rupa-rupanya kebanyakan pencemaran telah berlaku disebabkan aktiviti manusia yang tidak kawal walaupun terdapat pendapatan yang mengatakan sesetengah pencemaran disebabkan semula jadi. Pencemaran akan menjejaskan kesihatan kita dari segi fizikal mahupun mental. Bukan itu sahaja, pencemaran akan menyebabkan kematian binatang, hidupan laut, dan juga tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab itu, untuk mengelakkan dunia ini menjadi semakin teruk, maka kita sebagai manusia perlu bertanggungjawab terhadap perbuatan yang kita lakukan. Melindungi dan memeliharalah bumi ini kerana ia hanya satu, serta memastikannya sentiasa bersih dan cantik.
Sunday, 31 May 2015
Menonton wayang
Hari ini cuaca sangat baik. Saya dan Lim telah menyewa sebuah kereta kancil dan bersedia untuk pergi menonton wayang di 'GSC, IOI City Mall' hari ini. Kami bercadang untuk pergi menonton wayang disebabkan kami mendapati ada satu wayang lucu sedang disiarkan di panggung wayang tersebut, iaitu 'SPY'. Lagipun kami pun dah lama tidak pergi ke panggung wayang untuk menonton wayang. Apabila sampai di destinasi kami, kami nampak terdapat banyak orang sedang berbaris panjang depan kaunter menjual tiket kemasukan. Kami pun cepat-cepat berbaris supaya sempat menonton wayang yang kami minati nanti. Tepat pada 2.20pm, kami berjaya membeli tiket kemasukan dan masuk ke dalam panggung wayang. Wayang ini telah membuatkan ramai orang ketawa tak berhenti-henti disebabkan kelucuannya. Saya berasa amat gembira kerana berpeluang menonton wayang yang diminati walaupun terpaksa berbelanja banyak untuk membeli tiket.
Tuesday, 26 May 2015
Berita baik
Semester pendek tak jauh lagi...Mula mula saya rasa sedih kerana terdapat pengumuman bahawa hanya 4 kolej yang akan dibuka sahaja waktu semester pendek, iaitu KKM, KAB, KUO dan KPZ. Ingatkan saya perlu pindahkan barang saya ke kolej lain kemudian, saya pun mula rasa pening kepala. Tetapi, pada suatu pagi, apabila saya melayari Facebook, saya ternampak pengetua kolej saya mengumumkan bahawa sesiapa yang ingin menginap di kolej saya waktu semester pendek dibenarkan dan hanya perlu memberitahu pejabat untuk membuat pengesahan penginapan. Perasaan saya memang tak boleh huraikan dengan perkataan. Ia memang berita baik untuk saya. Saya hanya nak katakan terima kasih kepada pihak UKM kerana mengizinkan saya boleh terus tinggal di kolej saya dan saya tak payah lagi pindahkan barang saya ke kolej lain^^
Sunday, 24 May 2015
Pembentangan Powerpoint
Akhirnya pembentangan powerpoint Aplikasi Komputer dah lalu...Selepas menyaksikan pembentangan daripada kumpulan lain selama 6 jam, saya rasa saya masih ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Kami mendapati nasihat bahawa kita perlu sentiasa bersedia dan tidak melakukan perkara pada akhir saat supaya dapat mencapai hasil yang ingin dicapai. Dengan adanya pembentangan powerpoint ini, saya telah mempelajari teknik untuk membuat slaid powerpoint dan juga membuat video dengan menggunakan Movie Maker. Membuat video agak mencabar kerana merupakan pertama kali saya menggunakannya. Walaubagaimanapun, pembentangan ini dah lalu. Apa yang saya harus buat sekarang hanyalah mendoakan tidak mendapat markah yang teruk sangat kerana saya tahu pembentangan saya tidak berapa memuaskan.
Monday, 18 May 2015
Tema
Tema minggu ini ialah 'Tema'. Apakah yang nak tulis ni? Oh ya,tulis sesuatu tentang tema kehidupan sayalahT. Tema kehidupan saya adalah hidup selesa, makan kenyang, tidur lena dan sentiasa gembira. Kenapa saya tentukan semua ini sebagai tema kehidupan saya? Kerana saya rasa manusia ini hidup perlulah lakukan sesuatu yang anda suka bukan sesuatu yang membuatkan anda letih atau sedih. Saya sentiasa percayai bahawa setiap masalah yang dihadapi dalam kehidupan mesti ada penyelesaiannya. Oleh sebab itu, saya sentiasa cuba untuk menghindarkan diri saya daripada stres sebab kadangkala saya berfikir banyak tentang apa yang akan berlaku sekiranya saya membuat kesilapan dalam sesuatu perkara. Saya yakin bahawa tema saya ini kekal dijalankan dan dilaksanakan dalam kehidupan yang akan datang.
Sunday, 17 May 2015
Tidur lewat
Sebelum saya belajar di UKM, saya sentiasa tidur awal dan masa tidur saya memang cukup 8 jam. Tapi keadaan ini dah lama tak berlaku kerana saya sekarang sentiasa tidur lewat disebabkan kerja rumah dan aktiviti yang banyak perlu lakukan. Sekarang, tidur lewat dah menjadi kebiasaan saya semasa belajar di UKM. Saya pernah lagi tidur pada pukul 3 pagi di UKM. Padahal sebelum ni kalau di rumah saya mesti saya dah mula rasa mengantuk pada lewat malam. Disebabkan saya sentiasa tidur lewat, saya sentiasa rasa mengantuk dalam kelas. Kadangkala saya rasa minum kopi pun tak guna. Saya hanya haraplah cuti semester cepat sampai supaya saya tak payah tidur lewat lagi.
See you again
Open the radio and suddenly hear the song <SEE YOU AGAIN>. This song had been played for many times in the radio. I love this song so much not only the melody but the meaning of this song. This song showed how a person desired to meet his or her friends for such a long time. I have that feeling also as I got a friend who I long time no see. We were best friend when we studied in primary school but we had been separate when we studied in different secondary school. But we still keep in touch to each other after then. And I will met her every year as we celebrated Chinese New Year. Time passed by and we are now busy to do our own things. I still wonder whether she still regard me as her best friend or not as I had been long time no find her. Anyway, I still regard her as my best friend forever because one day friend, forever friend. I just hope that I can see you again on next time.
Tuesday, 12 May 2015
Tunggu
Ketungguan itu memang sesuatu yang mencabar. Contohnya, menunggu orang, menunggu bus, menunggu peluang dan sebagainya. Bagi saya, tunggu orang atau bus dalam masa yang pendek itu bukanlah susah pun. Tetapi yang mengambil masa tunggu yang lama itu paling saya tidak suka. Hari Sabtu minggu lepas, saya telah menunggu rapid T430 di Metro Kajang selama dua jam pun tak sampai sampai. Saya terpaksa mengambil rapid lain untuk pergi ke hentian kajang supaya dapat terjumpa rapid T430 dekat situ. Nasib baiklah saya terjumpa. Kalau tidak, mesti kena penat lagi saya menunggu ketibaannya. Disebabkan rapid itu mengambil masa tunggu saya yang lama sangat, saya pun membuat aduan melalui email supaya dapat meluahkan ketidakpuasan saya.
Tuesday, 5 May 2015
Tidur petang yang terganggu
Petang ini saya sedang tidur lena di dalam bilik saya. Tiba-tiba terdengar pula ada pengumuman tetapi saya tidak berapa jelas apa yang pengumuman yang telah dibuat. Saya pun teruskan tidur. Berapa minit kemudian, terdengar pula ada bunyi dari luar tingkap. Saya pun terus bangun dan tengok apa yang terjadi. Rupa-rupanya ada pekerja sedang melepaskan asap ubat nyamuk di kawasan kolej kediaman saya. Saya pun cepat tutupkan tingkap supaya asap tidak masuk bilik dan saya masih sempat lagi ambil gambar.
Walaupun tingkap sudah tutup tetapi asap masih boleh masuk melalui lubang yang kecil itu. Saya hampir pengsan disebabkan bau ubat nyamuk yang busuk itu. Nasib baiknya saya masih boleh tahan berapa minit dengan tutup hidung menggunakan sapu tangan. Selepas asap dah hilang saya pun buka tingkap dan pintu untuk membolehkan udara yang bersih masuk ke dalam bilik.
Sunday, 3 May 2015
Sepuluh
Akhirnya...sampai sudah tema ke sepuluh. Ini bermaksudnya tugasan blog saya hampir siap sudah.. Pada awalnya saya ingatkan tulis blog ini agak susah untuk saya kerana saya tak mempunyai tabiat tulis blog sebelum ini. Tetapi demi menyiapkan tugasan yang disuruh oleh profesor, saya pun bercuba untuk melakukannya. Selepas menulis beberapa blog, saya rasa saya mampu meluahkan pendapat saya dan juga mengkongsikan pengalaman dan apa-apa yang telah berlaku terhadap diri saya kepada orang lain. Saya berasa seronok juga kerana boleh belajar untuk menulis blog dan juga melihat blog orang lain pada bila-bila masa.. Selepas menghabiskan tema ke sepuluh ini, saya hanya berharap dapat meluangkan masa lagi untuk teruskan menulis blog pada masa yang akan datang.
Wednesday, 29 April 2015
Kalau saya memiliki sebuah kenderaan...
Naik turun tangga menjadi perkara biasa yang saya lakukan semasa di UKM kerana saya tinggal di Kolej Ibu Zain yang terletak di atas bukit. Walaubagaimanapun, saya tidak berapa suka naik turun tangga yang panjang dan tinggi itu kerana membuatkan saya rasa penat sangat. Kadangkala, saya terfikir juga kalau saya memiliki sebuah kenderaan, saya mesti tidak akan menggunakan tangga ini selama-lamanya. Kalau saya memiliki sebuah kenderaan, saya boleh sentiasa bangun lewat sikit kerana tidak payah tergesa-gesa turun tangga untuk menaiki bus dengan sempat. Dengan adanya sebuah kenderaan, saya boleh pergi ke mana-mana tempat yang saya ingin pergi dan tidak perlu membazirkan masa untuk menunggu bus yang tidak sampai-sampai itu. Tetapi saya tahu perkara ini tidak akan berlaku terhadap diri saya kerana setakat ini saya masih tidak mampu untuk membeli kenderaan. Oleh sebab itu, saya terpaksa juga menaiki dan menurun tangga serta menaiki bus untuk pergi ke destinasi saya selagi saya masih belajar di UKM.
Sunday, 26 April 2015
Lambat
Hantar kerja lambat, bangun lambat, masuk kelas pun lambat, dan lain-lain kelambatan merupakan fenomena biasa dalam kalangan pelajar sekarang. Perkara ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan pelajar namun guru juga. Apa yang menyebabkan mereka bersifat sedemikian adalah kerana mereka tidak mampu untuk menyusun dan menggunakan masa mereka dengan baik serta sifat yang suka mengikut perlakuan orang lain. Mereka tidak akan berasa bersalah atau risau kerana mereka tahu orang lain yang pernah buat sedemikian pun tiada apa-apa hal pun. Tetapi pernahkah mereka fikirkan sifat lambat ini akan membawa ketidakselesaan dan kesusahan kepada orang lain? Kemungkinan sesuatu perkara atau aktiviti tidak dapat dilaksanakan disebabkan tindakan mereka tersebut. Oleh sebab itu, lebih baik kita menyingkirkan sifat lambat ini supaya sentiasa disenangi oleh orang di sekeliling anda.
Wednesday, 22 April 2015
Kehidupan saya semasa Cuti Pertengahan Semester??
Saya
tidak balik ke rumah saya cuti ini kerana ingin menjimatkan duit untuk membeli
tiket penerbangan. Oleh sebab itu, saya telah tinggal di dalam asrama sepanjang
cuti minggu itu. Kolej pada masa itu tinggal berapa orang sahaja, dalam blok
saya pun sunyi sangat. Kehidupan saya
semasa cuti itu sangat bersantai, kerana saya asyik bermain permainan gadget dan
layari internet. Ulangkaji pun hanya buat sedikit sahaja. Saya tidak payah
risau tentang makanan kerana kafe kolej saya masih membuka dan saya juga boleh
masak sendiri jika kafe tidak beroperasi. Terdapat satu malam yang tiba-tiba
putus bekalan elektrik, saya berasa sangat takut kerana dalam blok itu hanya
saya seorang sahaja. Dengan menggunakan lampu suluh telefon bimbit saya, saya
pun beranikan diri saya keluar dari bilik untuk mencari suis pembukaan eletrik.
Akhirnya nasib baik saya terjumpa suis tersebut dan bekalan elektrik pun
kembali. Saya berasa sangat gembira kerana tidak payah tidur dengan keadaan
yang panas dan gelap pada malam itu.
Fantasi
Fantasi
merupakan satu khayalan atau benda yang tidak benar-benar berlaku. Ia boleh
dikatakan sebagai imaginasi. Saya percaya setiap orang mesti pernah mengalami
fantasi dalam pemikirannya. Contohnya, ada orang pernah mengimaginasikan
kehidupannya jika dia seorang jutawan; ada yang mengimaginasikannya seorang
yang kacak atau cantik dan dikejar oleh orang ramai. Orang yang suka membuat
fantasi ini selalunya tidak dapat memenuhi kehendaknya dalam realiti. Oleh
sebab itu, fantasi menjadi satu cara yang membolehkan cita-cita atau kehendak
mereka tercapai walaupun bukan benar-benar berlaku dalam realiti. Walaubagaimanapun,
janganlah kita hanya tahu membuat fantasi sahaja tetapi tidak melakukan apa-apa
tindakan yang seharusnya. Hal ini demikian kerana cita-cita atau kehendak itu
tidak akan tercapai sendiri kalau hanya tahu membuat fantasi sahaja. Untuk
memastikan matlamat kita tercapai, usaha yang berterusan dan semangat yang
bertekalan perlu diamalkan oleh setiap individu.
~PORT DICKSON & MALACCA TRIP~
Throwback
to the 10th April 2015, I had a 2 days 1 night trip with my friends
to Port Dickson and Malacca. I felt happy and excited because I could went to
the beach again since I had been long time not going to the beach. I like the
feelings when I was walked the sun and enjoyed the blow of the wind. I had also
wrote my name on the sand by using a tree branch. This is the must step I did
if I went to beach because its look so nice if I can wrote something especially
my name at the place where I had arrived. Not only that, we had also visited to
historical place like museum at Malacca. At Malacca, I had the chance to eat
the famous layer cake sold at Nadeje. Beside that, I had also seen the pedicab
decorated with a lot of beauty and cute things to attract the tourists to sit
on it and had a travel around the town. Before went back to UKM, we even went
to the Jonker Walk to buy and enjoy our
delicious foods.
Realiti
Realiti
merupakan keadaan yang betul-betul berlaku dalam kehidupan. Kadangkala ia susah
diterima oleh manusia kerana masih ada orang sanggup hidup dalam dunia sendiri
dan tidak terima apa-apa yang telah terjadi terhadap mereka. Dalam dunia ini,
kita sentiasa mengharapkan mempunyai kehidupan yang selesa dan aman, tapi
realitinya kehidupan kita pada masa kini masih huru-hara dan sentiasa berlaku
ketidakamanan dalam kalangan masyarakat. Bukan itu sahaja, persahabatan itu
juga merupakan sesuatu isu yang sentiasa dipersoalkan. Kita berkeinginan untuk
berkenalan dengan sahabat yang sangat setia dan baik terhadap kita, tapi
realitinya sahabat yang seperti ini sudah hampir pupus dan kurang. Kebanyakan
orang kini bersahabatan berdasarkan faedah dan persahabatan itu tidak akan
berkekalan disebabkan pengaliran masa. Oleh sebab itu, saya sendiri pun rasa realiti
ini sangat kejam dan mencabar terhadap kita. Apa yang kita harus lakukan hanya
menerima realiti ini dan berhadapan dengan hati yang penuh dengan ketekalan dan
keyakinan.
Tuesday, 7 April 2015
Peraturan
Dalam dunia ini, terdapat banyak peraturan yang perlu kita patuhi. Contohnya, peraturan awam, peraturan sekolah, peraturan rumah dan sebagainya. Peraturan ini diwujudkan untuk memastikan keadaan yang sentiasa teratur dan kehidupan yang selesa dan aman-damai. Walaupun demikian, saya rasa bukan semua peraturan wajib diikuti kerana peraturan itu juga ditentukan oleh manusia. Ini bermaksud ia boleh diubah pada bila-bila masa sahaja sekiranya terdapat sebab-sebab yang munasabah. Sebenarnya saya juga tidak berapa suka jika ada peraturan yang membebankan saya. Tetapi saya akan berusaha untuk mematuhinya kerana saya akan rasa menyesal nanti sekiranya tidak ikut apa-apa peraturan yang sepatutnya dipatuhi. Lagipun, saya juga akan rasa salah dalam diri saya sendiri juga. Oleh itu, patuhilah peraturan yang sedia ada kerana ia baik untuk anda dan ketidakpatuhan anda mungkin akan membawa kesan yang tidak dapat dijangkakan terhadap diri anda.
Monday, 6 April 2015
An unexpected day in my life^^
Last friday, I had an outing to The Mines with my friend Lim. That day, we decided to go there to buy some basic necessities only so I think that it won't take too long time for us. Who knows when we were going to go back, we saw a BBQ restaurant. Then, we decided to fill up our stomach before going back as we can eat whatever in the restaurant with student price RM29 each person. When we realised we were wasting too much time on eating, then we just feel want to go back..We rushed to station KTM at almost 6pm..Finally we got into the KTM. But what happen next make us feel annoying!! Unfortunately, the KTM stop immeadiately and stucked on the half way from serdang to kajang. No electicity also inside the KTM.. Can you imaging how hot and smelly when there were crowded with a lot of people? After a few minutes, the KTM still not functioning. The staff opened the door to let the fresh air coming..Some people even decided to go down to walk back to serdang including us.
When we walked until half way, we heard someone say that the electricity was back!!! We were very happy and returned to KTM to go back to UKM..It was the unexpected day in my life. I can even stuck and walked on the KTM track?!!
Tuesday, 31 March 2015
Perancangan untuk melancong ke...PORT DICKSON & MELAKA!!!!
Sudah hampir 7 bulan saya di UKM, belum pernah lagi saya pergi mana-mana tempat melancong di Semenanjung. Nasib baiknya kawan-kawan saya telah bercadang untuk mengadakan satu trip pada mid-sem break ini. Tetapi yang pening kepala sekarang ini ialah pergi mana melancong?? Di Semenanjung ini, banyak tempat-tempat yang menarik sedang menantikan saya. Pada mula-mulanya, kawan saya mencadangkan untuk pergi ke Cameron Highlands...Saya amat gembira kerana saya teringin sangat untuk pergi tempat yang suasananya sejuk dan nyaman...Kami pun mulakan rancangan kami dengan melayari internet untuk mencari dan mengumpul maklumat tentang Cameron Highlands. Beberapa hari kemudian, tertiba-tiba dengar seorang rakan saya kata perjalanan ke Cameron susah untuk memandu dan bukan sesiapa pun berani untuk memandu perjalanan naik ke bukit. Oleh sebab itu, rancangan kami ini terbatal. Saya berasa kecewa sangat bukan disebabkan tak jadi pergi tapi disebabkan hasil pencarian kami beberapa hari ini telah hancur dan tidak digunakan. Walau bagaimanapun, dengan sifat tidak mudah putus asa kami, akhirnya kami berjaya membuat keputusan ke dua tempat untuk melancong, iaitu.....PORT DICKSON dan MELAKA!!!!
Tanggungjawab
Apa tanggungjawab kita sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi mahupun seorang anak?? Sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi, kita tahu tanggungjawab kita adalah seorang menjadi mahasiswa/mahasiswi yang cergas dan cerdas dalam pelbagai aspek seperti fizikal, mental, rohani dan jasmani. Walaupun perkara ini susah untuk dicapai, namun aspek fizikal, mental dan rohani selalu saya aplikasikan dalam kehidupan saya kecuali jasmani memang susah untuk saya sebab saya seorang yang malas melakukan perkara yang meletihkan diri sendiri. Bagi tanggungjawab seorang anak, sewajibnya tanggungjawab kita adalah perlu taat setia kepada ibu bapa kita dan tidak menyakitkan hati mereka. Sekarang ini, saya telah melakukan tanggungjawab saya dengan mendapat keputusan yang terbaik supaya dapat mengembirakan ibubapa saya dan membolehkan mereka bangga dengan pencapaian saya. Untuk masa depan yang akan datang, saya berharap saya dapat pekerjaan yang berpendapatan tinggi supaya dapat menampung segala perbelanjaan keluarga saya dan memberi mereka kehidupan yang paling selesa. Kerana ini adalah TANGGUNGJAWAB saya....
Wednesday, 25 March 2015
Alasan
"Alasan yang seringkali ku dengar, alasan yang seringkali kau ucap"~~Perasaan penat tertimbul dalam hatiku bila dengar lagu 'Sandiwara Cinta' ni..Haiz...penatku klw dengar orang2 bg alasan yang pelik2 klw tak dpt dtg tak dpt hadir lah....Saya tau setiap org tu mmg ada alasan sendiri...tapi jangan anda lupa pula anda juga mempunyai tanggungjawab thdp alasan yg kau berikan tu..Apa2 alasan yg kau berikan tu mesti wujud dan telah berlaku supaya dpt mempercayakan org lain terhadap diri anda. Utk mengelakkan diri anda disalahfaham dan dibenci olh org lain..elakkanlah beri alasan yang org lain tak suka!! Oleh sebab itu, saya jarang bg alasan yang membuatkan org lain tak suka. Haha...saya perasaan betul ni~~^^
Perjumpaan Etika dan Professional dengan Prof Adi??
Hari Sabtu yang lepas, satu perjumpaan etika dan juga penyelesaian masalah telah diadakan di cesmed fep. Mula2 tak tau pun mana tmpt tu tapi akhirnya trjmpa juga lps penat2 carinya...haha..Baru masuk kls, prof Adi suruh saya makan sarapan pagi. Wah~bestnya ada sarapan!!! Tapi saya dah makan pagi baru datang kelas ni..takpe lah...makan je walaupun masih kenyang..Lepas tu, kami pun mulakan kelas kami...Prof Adi memang prof yang baik sebab kami boleh guna program yang kami sudah jalankan semester lepas untuk clearkan kursus ini...Kami juga dibawa ke office cesmed yang di luar kawasan UKM untuk tengok slide tentang Lawatan ke Rumah Al-Fikrah. Bukan itu sahaja, prof juga membawa saya dan kawan2 saya balik ke kolej masing-masing lepas perjumpaan ini kerana memandangkan tiada bus melalui tempat tu dan jauh dari kolej kami. Fuyoo~~bestnye dapat tumpang kereta prof balik ke kolej!!! Lagipun, kereta prof tu ada beza sikit dgn kereta lain sebab keretanya hanya ada 2 pintu sahaja!! Haha~
Tuesday, 17 March 2015
Ulang Tahun
#Throwback#
Topik minggu ni Ulang Tahun...Saya di sini pun showkan gambar yang ditangkap semasa ulang tahun hari jadi saya yang telah berlangsung pada 01 Mac 2015...Tahun ini saya telah sambut hari jadi saya yang ke 20.. Saya amat gembira kerana dapat sambut hari jadi di rumah dengan keluarga saya.
Pada hari tersebut, ibu saya telah menghidangkan lauk pauk yang saya suka makan dan bapa saya telah membelikan kek hari jadi untuk saya.. Bukan itu sahaja semua ahli keluarga saya juga menyanyikan lagu hari jadi untuk saya..Saya berasa amat bahagia kerana walaupun saya dah semakin dewasa keluarga saya sambutkan juga hari jadi untuk saya. Walaupun saya tidak terdapat apa-apa hadiah daripada mereka, tapi mereka tetap memberikan saya angpaw sebagai hadiah hari jadi ^^
Topik minggu ni Ulang Tahun...Saya di sini pun showkan gambar yang ditangkap semasa ulang tahun hari jadi saya yang telah berlangsung pada 01 Mac 2015...Tahun ini saya telah sambut hari jadi saya yang ke 20.. Saya amat gembira kerana dapat sambut hari jadi di rumah dengan keluarga saya.
Pada hari tersebut, ibu saya telah menghidangkan lauk pauk yang saya suka makan dan bapa saya telah membelikan kek hari jadi untuk saya.. Bukan itu sahaja semua ahli keluarga saya juga menyanyikan lagu hari jadi untuk saya..Saya berasa amat bahagia kerana walaupun saya dah semakin dewasa keluarga saya sambutkan juga hari jadi untuk saya. Walaupun saya tidak terdapat apa-apa hadiah daripada mereka, tapi mereka tetap memberikan saya angpaw sebagai hadiah hari jadi ^^
Bengkel Kemahiran Maklumat
Jummat minggu lepas saya telah menghadiri satu bengkel anjuran PTSL dengan book club KIZ yang bernama Bengkel Kemahiran Maklumat. Saya sebagai ahli Book Club KIZ mestilah saya hadir untuk menyokong program ini. Lagipun, terdapat juga 20 merit diberikan kepada sesiapa yang menghadiri bengkel ini. Ruginya kalau saya lepaskan peluang ini. Dalam bengkel ini, pihak PTSL telah mengajar pelajar cara untuk mendapat malumat seperti article, thesis, dan journal dengan mengunjungi website ptsl melalui e-thesis, e-jounal dan lain-lain. Rupa-rupanya maklumat yang kita ingin carikan selama ini sebenarnya adalah senang dicarikan sekiranya kita menggunakan teknik-teknik pencarian yang betul. Selepas menghadiri bengkel ini, saya dah menguasai teknik untuk mencari sesuatu maklumat dan tidak lagi bergantung kepada Google. Hooray!! ^.^
Saturday, 7 March 2015
SILAP
Setiap orang pernah buat silap......termasuk saya...Imbas kembali pada hari khamis minggu lepas...Hari itu ialah hari pertama saya hadir ke kelas aplikasi komputer...saya telah buat satu kesilapan yang kebanyakan pelajar akan buat----lewat masuk kelas!! Ingatkan saya sempat masuk kelas sebelum prof sampai...manalah tau sebelum saya masuk kelas saya ternampak semua pelajar dah duduk senyap di tempat masing-masing...saya barulah tau prof dah masuk kelas....Dahlah saya tak hadir kelas 2 minggu yang lepas..lewat masuk kelas lagi pada kelas pertama ni...matilah saya...mesti kena marah ni..Tetapi apabila saya disuruh untuk masuk kelas...prof hanya suruh saya berdiri sementara dan menasihati kami supaya sentiasa memberitahu kepadanya jika rakan2 kita tak dapat hadir...Saya berasa amat bersyukur kerana prof tidak marahkan saya di depan orang ramai walaupun saya telah buat kesilapan...Saya hanya berharap lain kali tidak akan mengulangi silap ini lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)