Tuesday, 31 March 2015

Perancangan untuk melancong ke...PORT DICKSON & MELAKA!!!!

Sudah hampir 7 bulan saya di UKM, belum pernah lagi saya pergi mana-mana tempat melancong di Semenanjung. Nasib baiknya kawan-kawan saya telah bercadang untuk mengadakan satu trip pada mid-sem break ini. Tetapi yang pening kepala sekarang ini ialah pergi mana melancong?? Di Semenanjung ini, banyak tempat-tempat yang menarik sedang menantikan saya. Pada mula-mulanya, kawan saya mencadangkan untuk pergi ke Cameron Highlands...Saya amat gembira kerana saya teringin sangat untuk pergi tempat yang suasananya sejuk dan nyaman...Kami pun mulakan rancangan kami dengan melayari internet untuk mencari  dan mengumpul maklumat tentang Cameron Highlands. Beberapa hari kemudian, tertiba-tiba dengar seorang rakan saya kata perjalanan ke Cameron susah untuk memandu dan bukan sesiapa pun berani untuk memandu perjalanan naik ke bukit. Oleh sebab itu, rancangan kami ini terbatal. Saya berasa kecewa sangat bukan disebabkan tak jadi pergi tapi disebabkan hasil pencarian kami beberapa hari ini telah hancur dan tidak digunakan. Walau bagaimanapun, dengan sifat tidak mudah putus asa kami, akhirnya kami berjaya membuat keputusan ke dua tempat untuk melancong, iaitu.....PORT DICKSON dan MELAKA!!!!

No comments:

Post a Comment