Tuesday 17 March 2015

Ulang Tahun

#Throwback#

Topik minggu ni Ulang Tahun...Saya di sini pun showkan gambar yang ditangkap semasa ulang tahun hari jadi saya yang telah berlangsung pada 01 Mac 2015...Tahun ini saya telah sambut hari jadi saya yang ke 20.. Saya amat gembira kerana dapat sambut hari jadi di rumah dengan keluarga saya.
  Pada hari tersebut, ibu saya telah menghidangkan lauk pauk yang saya suka makan dan bapa saya telah membelikan kek hari jadi untuk saya.. Bukan itu sahaja semua ahli keluarga saya juga menyanyikan lagu hari jadi untuk saya..Saya berasa amat bahagia kerana walaupun saya dah semakin dewasa keluarga saya sambutkan juga hari jadi untuk saya.  Walaupun saya tidak terdapat apa-apa hadiah daripada mereka, tapi mereka tetap memberikan saya angpaw sebagai hadiah hari jadi ^^

No comments:

Post a Comment