Saturday 7 March 2015

Bicara Ikon Khidmat Masyarakat

Sabtu pagi...Apabila orang ramai sedang tidur lena atas katilnya...saya pula kena bangun awal pagi untuk menghadiri satu bicara ikon khidmat masysrakat di kolej saya. Disebabkan program ini mempunyai merit sebanyak 20 markah..saya pun tidak lepaskan peluang ini....Program ini telah menjemput Puan Azila Aziz untuk memberi bicara tersebut....Sebelum bicara ini bermula...saya ingatkan bicara ini akan bosan seperti yang biasa.... Apabila bicara mula..rupa-rupanya ia lebih berbeza dengan bicara yang saya pernah hadiri dulu..Puan Azila mempunyai banyak gaya dan lawak apabila memberi bicara.... menyebabkan orang ramai memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap beliau..Beliau merupakan seorang kaunselor dan telah menjadi sukarelawan dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan dan kemasyarakatan...Beliau menyeru kita supaya sentiasa membuat jasa baik kepada orang lain dan mengenangi jasa ibu bapa...Bukan itu sahaja...Beliau pun banyak kongsikan pengalaman beliau dulu kepada kami selama 3 jam....Selepas menghadiri bicara...saya dapati saya memperoleh banyak ilmu yang tidak pernah diajar dalam buku teks...Saya hanya nak kata~~~berbaloi la saya hari ini kerana memilih untuk menghadiri bicara ini dan bukan tidur di bilik..haha^^

No comments:

Post a Comment