Tuesday, 31 March 2015
Tanggungjawab
Apa tanggungjawab kita sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi mahupun seorang anak?? Sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi, kita tahu tanggungjawab kita adalah seorang menjadi mahasiswa/mahasiswi yang cergas dan cerdas dalam pelbagai aspek seperti fizikal, mental, rohani dan jasmani. Walaupun perkara ini susah untuk dicapai, namun aspek fizikal, mental dan rohani selalu saya aplikasikan dalam kehidupan saya kecuali jasmani memang susah untuk saya sebab saya seorang yang malas melakukan perkara yang meletihkan diri sendiri. Bagi tanggungjawab seorang anak, sewajibnya tanggungjawab kita adalah perlu taat setia kepada ibu bapa kita dan tidak menyakitkan hati mereka. Sekarang ini, saya telah melakukan tanggungjawab saya dengan mendapat keputusan yang terbaik supaya dapat mengembirakan ibubapa saya dan membolehkan mereka bangga dengan pencapaian saya. Untuk masa depan yang akan datang, saya berharap saya dapat pekerjaan yang berpendapatan tinggi supaya dapat menampung segala perbelanjaan keluarga saya dan memberi mereka kehidupan yang paling selesa. Kerana ini adalah TANGGUNGJAWAB saya....
Labels:
Tema
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment