Realiti
merupakan keadaan yang betul-betul berlaku dalam kehidupan. Kadangkala ia susah
diterima oleh manusia kerana masih ada orang sanggup hidup dalam dunia sendiri
dan tidak terima apa-apa yang telah terjadi terhadap mereka. Dalam dunia ini,
kita sentiasa mengharapkan mempunyai kehidupan yang selesa dan aman, tapi
realitinya kehidupan kita pada masa kini masih huru-hara dan sentiasa berlaku
ketidakamanan dalam kalangan masyarakat. Bukan itu sahaja, persahabatan itu
juga merupakan sesuatu isu yang sentiasa dipersoalkan. Kita berkeinginan untuk
berkenalan dengan sahabat yang sangat setia dan baik terhadap kita, tapi
realitinya sahabat yang seperti ini sudah hampir pupus dan kurang. Kebanyakan
orang kini bersahabatan berdasarkan faedah dan persahabatan itu tidak akan
berkekalan disebabkan pengaliran masa. Oleh sebab itu, saya sendiri pun rasa realiti
ini sangat kejam dan mencabar terhadap kita. Apa yang kita harus lakukan hanya
menerima realiti ini dan berhadapan dengan hati yang penuh dengan ketekalan dan
keyakinan.
No comments:
Post a Comment