Saya
tidak balik ke rumah saya cuti ini kerana ingin menjimatkan duit untuk membeli
tiket penerbangan. Oleh sebab itu, saya telah tinggal di dalam asrama sepanjang
cuti minggu itu. Kolej pada masa itu tinggal berapa orang sahaja, dalam blok
saya pun sunyi sangat. Kehidupan saya
semasa cuti itu sangat bersantai, kerana saya asyik bermain permainan gadget dan
layari internet. Ulangkaji pun hanya buat sedikit sahaja. Saya tidak payah
risau tentang makanan kerana kafe kolej saya masih membuka dan saya juga boleh
masak sendiri jika kafe tidak beroperasi. Terdapat satu malam yang tiba-tiba
putus bekalan elektrik, saya berasa sangat takut kerana dalam blok itu hanya
saya seorang sahaja. Dengan menggunakan lampu suluh telefon bimbit saya, saya
pun beranikan diri saya keluar dari bilik untuk mencari suis pembukaan eletrik.
Akhirnya nasib baik saya terjumpa suis tersebut dan bekalan elektrik pun
kembali. Saya berasa sangat gembira kerana tidak payah tidur dengan keadaan
yang panas dan gelap pada malam itu.
No comments:
Post a Comment