Tuesday, 7 April 2015
Peraturan
Dalam dunia ini, terdapat banyak peraturan yang perlu kita patuhi. Contohnya, peraturan awam, peraturan sekolah, peraturan rumah dan sebagainya. Peraturan ini diwujudkan untuk memastikan keadaan yang sentiasa teratur dan kehidupan yang selesa dan aman-damai. Walaupun demikian, saya rasa bukan semua peraturan wajib diikuti kerana peraturan itu juga ditentukan oleh manusia. Ini bermaksud ia boleh diubah pada bila-bila masa sahaja sekiranya terdapat sebab-sebab yang munasabah. Sebenarnya saya juga tidak berapa suka jika ada peraturan yang membebankan saya. Tetapi saya akan berusaha untuk mematuhinya kerana saya akan rasa menyesal nanti sekiranya tidak ikut apa-apa peraturan yang sepatutnya dipatuhi. Lagipun, saya juga akan rasa salah dalam diri saya sendiri juga. Oleh itu, patuhilah peraturan yang sedia ada kerana ia baik untuk anda dan ketidakpatuhan anda mungkin akan membawa kesan yang tidak dapat dijangkakan terhadap diri anda.
Labels:
Tema
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment