Sunday, 26 April 2015

Lambat

     Hantar kerja lambat, bangun lambat,  masuk kelas pun lambat,  dan lain-lain kelambatan merupakan fenomena biasa dalam kalangan pelajar sekarang. Perkara ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan pelajar namun guru juga. Apa yang menyebabkan mereka bersifat sedemikian adalah kerana mereka tidak mampu untuk menyusun dan menggunakan masa mereka dengan baik serta sifat yang  suka mengikut perlakuan orang lain. Mereka tidak akan berasa bersalah atau risau kerana mereka tahu orang lain yang pernah buat sedemikian pun tiada apa-apa hal pun. Tetapi pernahkah mereka fikirkan sifat lambat ini akan membawa ketidakselesaan dan kesusahan kepada orang lain? Kemungkinan sesuatu perkara atau aktiviti tidak dapat dilaksanakan disebabkan tindakan mereka tersebut. Oleh sebab itu, lebih baik kita menyingkirkan sifat lambat ini supaya sentiasa disenangi oleh orang di sekeliling anda.

No comments:

Post a Comment