Wednesday, 29 April 2015
Kalau saya memiliki sebuah kenderaan...
Naik turun tangga menjadi perkara biasa yang saya lakukan semasa di UKM kerana saya tinggal di Kolej Ibu Zain yang terletak di atas bukit. Walaubagaimanapun, saya tidak berapa suka naik turun tangga yang panjang dan tinggi itu kerana membuatkan saya rasa penat sangat. Kadangkala, saya terfikir juga kalau saya memiliki sebuah kenderaan, saya mesti tidak akan menggunakan tangga ini selama-lamanya. Kalau saya memiliki sebuah kenderaan, saya boleh sentiasa bangun lewat sikit kerana tidak payah tergesa-gesa turun tangga untuk menaiki bus dengan sempat. Dengan adanya sebuah kenderaan, saya boleh pergi ke mana-mana tempat yang saya ingin pergi dan tidak perlu membazirkan masa untuk menunggu bus yang tidak sampai-sampai itu. Tetapi saya tahu perkara ini tidak akan berlaku terhadap diri saya kerana setakat ini saya masih tidak mampu untuk membeli kenderaan. Oleh sebab itu, saya terpaksa juga menaiki dan menurun tangga serta menaiki bus untuk pergi ke destinasi saya selagi saya masih belajar di UKM.
Labels:
Bebas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment