Fantasi
merupakan satu khayalan atau benda yang tidak benar-benar berlaku. Ia boleh
dikatakan sebagai imaginasi. Saya percaya setiap orang mesti pernah mengalami
fantasi dalam pemikirannya. Contohnya, ada orang pernah mengimaginasikan
kehidupannya jika dia seorang jutawan; ada yang mengimaginasikannya seorang
yang kacak atau cantik dan dikejar oleh orang ramai. Orang yang suka membuat
fantasi ini selalunya tidak dapat memenuhi kehendaknya dalam realiti. Oleh
sebab itu, fantasi menjadi satu cara yang membolehkan cita-cita atau kehendak
mereka tercapai walaupun bukan benar-benar berlaku dalam realiti. Walaubagaimanapun,
janganlah kita hanya tahu membuat fantasi sahaja tetapi tidak melakukan apa-apa
tindakan yang seharusnya. Hal ini demikian kerana cita-cita atau kehendak itu
tidak akan tercapai sendiri kalau hanya tahu membuat fantasi sahaja. Untuk
memastikan matlamat kita tercapai, usaha yang berterusan dan semangat yang
bertekalan perlu diamalkan oleh setiap individu.
No comments:
Post a Comment