Sunday, 17 May 2015
Tidur lewat
Sebelum saya belajar di UKM, saya sentiasa tidur awal dan masa tidur saya memang cukup 8 jam. Tapi keadaan ini dah lama tak berlaku kerana saya sekarang sentiasa tidur lewat disebabkan kerja rumah dan aktiviti yang banyak perlu lakukan. Sekarang, tidur lewat dah menjadi kebiasaan saya semasa belajar di UKM. Saya pernah lagi tidur pada pukul 3 pagi di UKM. Padahal sebelum ni kalau di rumah saya mesti saya dah mula rasa mengantuk pada lewat malam. Disebabkan saya sentiasa tidur lewat, saya sentiasa rasa mengantuk dalam kelas. Kadangkala saya rasa minum kopi pun tak guna. Saya hanya haraplah cuti semester cepat sampai supaya saya tak payah tidur lewat lagi.
Labels:
Bebas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment