Sunday, 31 May 2015

Menonton wayang

   Hari ini cuaca sangat baik. Saya dan Lim telah menyewa sebuah kereta kancil dan bersedia untuk pergi menonton wayang di 'GSC, IOI City Mall' hari ini. Kami bercadang untuk pergi menonton wayang disebabkan kami mendapati ada satu wayang lucu sedang disiarkan di panggung wayang tersebut, iaitu 'SPY'. Lagipun kami pun dah lama tidak pergi ke panggung wayang untuk menonton wayang. Apabila sampai di destinasi kami, kami nampak terdapat banyak orang sedang berbaris panjang depan kaunter menjual tiket kemasukan. Kami pun cepat-cepat berbaris supaya sempat menonton wayang yang kami minati nanti. Tepat pada 2.20pm, kami berjaya membeli tiket kemasukan dan masuk ke dalam panggung wayang. Wayang ini telah membuatkan ramai orang ketawa tak berhenti-henti disebabkan kelucuannya. Saya berasa amat gembira kerana berpeluang menonton wayang yang diminati walaupun terpaksa berbelanja banyak untuk membeli tiket.

Tuesday, 26 May 2015

Berita baik

Semester pendek tak jauh lagi...Mula mula saya rasa sedih kerana terdapat pengumuman bahawa hanya 4 kolej yang akan dibuka sahaja waktu semester pendek, iaitu KKM, KAB, KUO dan KPZ. Ingatkan saya perlu pindahkan barang saya ke kolej lain kemudian, saya pun mula rasa pening kepala. Tetapi, pada suatu pagi, apabila saya melayari Facebook, saya ternampak pengetua kolej saya mengumumkan bahawa sesiapa yang ingin menginap di kolej saya waktu semester pendek dibenarkan dan hanya perlu memberitahu pejabat untuk membuat pengesahan penginapan. Perasaan saya memang tak boleh huraikan dengan perkataan. Ia memang berita baik untuk saya. Saya hanya nak katakan terima kasih kepada pihak UKM kerana mengizinkan saya boleh terus tinggal di kolej saya dan saya tak payah lagi pindahkan barang saya ke kolej lain^^

Sunday, 24 May 2015

Pembentangan Powerpoint

Akhirnya pembentangan powerpoint Aplikasi Komputer dah lalu...Selepas menyaksikan pembentangan daripada kumpulan lain selama 6 jam, saya rasa saya masih ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Kami mendapati nasihat bahawa kita perlu sentiasa bersedia dan tidak melakukan perkara pada akhir saat supaya dapat mencapai hasil yang ingin dicapai. Dengan adanya pembentangan powerpoint ini, saya telah mempelajari teknik untuk membuat slaid powerpoint dan juga membuat video dengan menggunakan Movie Maker. Membuat video agak mencabar kerana merupakan pertama kali saya menggunakannya. Walaubagaimanapun, pembentangan ini dah lalu. Apa yang saya harus buat sekarang hanyalah mendoakan tidak mendapat markah yang teruk sangat kerana saya tahu pembentangan saya tidak berapa memuaskan.

Monday, 18 May 2015

Tema

Tema minggu ini ialah 'Tema'. Apakah yang nak tulis ni? Oh ya,tulis sesuatu tentang tema kehidupan sayalahT. Tema kehidupan saya adalah hidup selesa, makan kenyang, tidur lena dan sentiasa gembira. Kenapa saya tentukan semua ini sebagai tema kehidupan saya? Kerana saya rasa manusia ini hidup perlulah lakukan sesuatu yang anda suka bukan sesuatu yang membuatkan anda letih atau sedih. Saya sentiasa percayai bahawa setiap masalah yang dihadapi dalam kehidupan mesti ada penyelesaiannya. Oleh sebab itu, saya sentiasa cuba untuk menghindarkan diri saya daripada stres sebab kadangkala saya berfikir banyak tentang apa yang akan berlaku sekiranya saya membuat kesilapan dalam sesuatu perkara. Saya yakin bahawa tema saya ini kekal dijalankan dan dilaksanakan dalam kehidupan yang akan datang.

Sunday, 17 May 2015

Tidur lewat

Sebelum saya belajar di UKM, saya sentiasa tidur awal dan masa tidur saya memang cukup 8 jam. Tapi keadaan ini dah lama tak berlaku kerana saya sekarang sentiasa tidur lewat disebabkan kerja rumah dan aktiviti yang banyak perlu lakukan. Sekarang, tidur lewat dah menjadi kebiasaan saya semasa belajar di UKM. Saya pernah lagi tidur pada pukul 3 pagi di UKM.  Padahal sebelum ni kalau di rumah saya mesti  saya dah mula rasa mengantuk pada lewat malam. Disebabkan saya sentiasa tidur lewat, saya sentiasa rasa mengantuk dalam kelas. Kadangkala saya rasa minum kopi pun tak guna. Saya hanya haraplah cuti semester cepat sampai supaya  saya tak payah tidur lewat lagi.

See you again

  Open the radio and suddenly hear the song <SEE YOU AGAIN>. This song had been played for many times in the radio. I love this song so much not only the melody but the meaning of this song. This song showed how a person desired to meet his or her friends for such a long time. I have that feeling also as I got a friend who I long time no see. We were best friend when we studied in primary school but we had been separate when we studied in different secondary school. But we still keep in touch to each other after then. And I will met her every year as we celebrated Chinese New Year. Time passed by and we are now busy to do our own things. I still wonder whether she still regard me as her best friend or not as I had been long time no find her. Anyway, I still regard her as my best friend forever because one day friend, forever friend. I just hope that I can see you again on next time.

Tuesday, 12 May 2015

Tunggu

Ketungguan itu memang sesuatu yang mencabar. Contohnya, menunggu orang, menunggu bus, menunggu peluang dan sebagainya. Bagi saya, tunggu orang atau bus  dalam masa yang pendek itu bukanlah susah pun. Tetapi yang mengambil masa tunggu yang lama itu paling saya tidak suka. Hari Sabtu minggu lepas, saya telah menunggu rapid T430 di Metro Kajang selama dua jam pun tak sampai sampai. Saya terpaksa mengambil rapid lain untuk pergi ke hentian kajang supaya dapat terjumpa rapid T430 dekat situ. Nasib baiklah saya terjumpa. Kalau tidak, mesti kena penat lagi saya menunggu ketibaannya. Disebabkan rapid itu mengambil masa tunggu saya yang lama sangat, saya pun membuat aduan melalui email supaya dapat meluahkan ketidakpuasan saya.

Tuesday, 5 May 2015

Tidur petang yang terganggu

Petang ini saya sedang tidur lena di dalam bilik saya. Tiba-tiba terdengar pula ada pengumuman tetapi saya  tidak berapa jelas apa yang pengumuman yang telah dibuat. Saya pun teruskan tidur. Berapa minit kemudian, terdengar pula ada bunyi dari luar tingkap. Saya pun terus bangun dan tengok apa yang terjadi. Rupa-rupanya ada pekerja sedang melepaskan asap ubat nyamuk di kawasan kolej kediaman saya. Saya pun cepat tutupkan tingkap supaya asap tidak masuk bilik dan saya masih sempat lagi ambil gambar.



Walaupun tingkap sudah tutup tetapi asap masih boleh masuk melalui lubang yang kecil itu. Saya hampir pengsan disebabkan bau ubat nyamuk yang busuk itu. Nasib baiknya saya masih boleh tahan berapa minit dengan tutup hidung menggunakan sapu tangan. Selepas asap dah hilang saya pun buka tingkap dan pintu untuk membolehkan udara yang bersih masuk ke dalam bilik.

Sunday, 3 May 2015

Sepuluh

Akhirnya...sampai sudah tema ke sepuluh. Ini bermaksudnya tugasan blog saya hampir siap sudah.. Pada awalnya saya ingatkan tulis blog ini agak susah untuk saya kerana saya tak mempunyai tabiat tulis blog sebelum ini. Tetapi demi menyiapkan tugasan yang disuruh oleh profesor, saya pun bercuba untuk melakukannya. Selepas menulis beberapa blog, saya rasa saya mampu meluahkan pendapat saya dan juga mengkongsikan pengalaman dan apa-apa yang telah berlaku terhadap diri saya kepada orang lain. Saya berasa seronok juga kerana boleh belajar untuk menulis blog dan juga melihat blog orang lain pada bila-bila masa.. Selepas menghabiskan tema ke sepuluh ini, saya hanya berharap dapat meluangkan masa lagi untuk teruskan menulis blog pada masa yang akan datang.