Wednesday, 29 April 2015
Kalau saya memiliki sebuah kenderaan...
Naik turun tangga menjadi perkara biasa yang saya lakukan semasa di UKM kerana saya tinggal di Kolej Ibu Zain yang terletak di atas bukit. Walaubagaimanapun, saya tidak berapa suka naik turun tangga yang panjang dan tinggi itu kerana membuatkan saya rasa penat sangat. Kadangkala, saya terfikir juga kalau saya memiliki sebuah kenderaan, saya mesti tidak akan menggunakan tangga ini selama-lamanya. Kalau saya memiliki sebuah kenderaan, saya boleh sentiasa bangun lewat sikit kerana tidak payah tergesa-gesa turun tangga untuk menaiki bus dengan sempat. Dengan adanya sebuah kenderaan, saya boleh pergi ke mana-mana tempat yang saya ingin pergi dan tidak perlu membazirkan masa untuk menunggu bus yang tidak sampai-sampai itu. Tetapi saya tahu perkara ini tidak akan berlaku terhadap diri saya kerana setakat ini saya masih tidak mampu untuk membeli kenderaan. Oleh sebab itu, saya terpaksa juga menaiki dan menurun tangga serta menaiki bus untuk pergi ke destinasi saya selagi saya masih belajar di UKM.
Sunday, 26 April 2015
Lambat
Hantar kerja lambat, bangun lambat, masuk kelas pun lambat, dan lain-lain kelambatan merupakan fenomena biasa dalam kalangan pelajar sekarang. Perkara ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan pelajar namun guru juga. Apa yang menyebabkan mereka bersifat sedemikian adalah kerana mereka tidak mampu untuk menyusun dan menggunakan masa mereka dengan baik serta sifat yang suka mengikut perlakuan orang lain. Mereka tidak akan berasa bersalah atau risau kerana mereka tahu orang lain yang pernah buat sedemikian pun tiada apa-apa hal pun. Tetapi pernahkah mereka fikirkan sifat lambat ini akan membawa ketidakselesaan dan kesusahan kepada orang lain? Kemungkinan sesuatu perkara atau aktiviti tidak dapat dilaksanakan disebabkan tindakan mereka tersebut. Oleh sebab itu, lebih baik kita menyingkirkan sifat lambat ini supaya sentiasa disenangi oleh orang di sekeliling anda.
Wednesday, 22 April 2015
Kehidupan saya semasa Cuti Pertengahan Semester??
Saya
tidak balik ke rumah saya cuti ini kerana ingin menjimatkan duit untuk membeli
tiket penerbangan. Oleh sebab itu, saya telah tinggal di dalam asrama sepanjang
cuti minggu itu. Kolej pada masa itu tinggal berapa orang sahaja, dalam blok
saya pun sunyi sangat. Kehidupan saya
semasa cuti itu sangat bersantai, kerana saya asyik bermain permainan gadget dan
layari internet. Ulangkaji pun hanya buat sedikit sahaja. Saya tidak payah
risau tentang makanan kerana kafe kolej saya masih membuka dan saya juga boleh
masak sendiri jika kafe tidak beroperasi. Terdapat satu malam yang tiba-tiba
putus bekalan elektrik, saya berasa sangat takut kerana dalam blok itu hanya
saya seorang sahaja. Dengan menggunakan lampu suluh telefon bimbit saya, saya
pun beranikan diri saya keluar dari bilik untuk mencari suis pembukaan eletrik.
Akhirnya nasib baik saya terjumpa suis tersebut dan bekalan elektrik pun
kembali. Saya berasa sangat gembira kerana tidak payah tidur dengan keadaan
yang panas dan gelap pada malam itu.
Fantasi
Fantasi
merupakan satu khayalan atau benda yang tidak benar-benar berlaku. Ia boleh
dikatakan sebagai imaginasi. Saya percaya setiap orang mesti pernah mengalami
fantasi dalam pemikirannya. Contohnya, ada orang pernah mengimaginasikan
kehidupannya jika dia seorang jutawan; ada yang mengimaginasikannya seorang
yang kacak atau cantik dan dikejar oleh orang ramai. Orang yang suka membuat
fantasi ini selalunya tidak dapat memenuhi kehendaknya dalam realiti. Oleh
sebab itu, fantasi menjadi satu cara yang membolehkan cita-cita atau kehendak
mereka tercapai walaupun bukan benar-benar berlaku dalam realiti. Walaubagaimanapun,
janganlah kita hanya tahu membuat fantasi sahaja tetapi tidak melakukan apa-apa
tindakan yang seharusnya. Hal ini demikian kerana cita-cita atau kehendak itu
tidak akan tercapai sendiri kalau hanya tahu membuat fantasi sahaja. Untuk
memastikan matlamat kita tercapai, usaha yang berterusan dan semangat yang
bertekalan perlu diamalkan oleh setiap individu.
~PORT DICKSON & MALACCA TRIP~
Throwback
to the 10th April 2015, I had a 2 days 1 night trip with my friends
to Port Dickson and Malacca. I felt happy and excited because I could went to
the beach again since I had been long time not going to the beach. I like the
feelings when I was walked the sun and enjoyed the blow of the wind. I had also
wrote my name on the sand by using a tree branch. This is the must step I did
if I went to beach because its look so nice if I can wrote something especially
my name at the place where I had arrived. Not only that, we had also visited to
historical place like museum at Malacca. At Malacca, I had the chance to eat
the famous layer cake sold at Nadeje. Beside that, I had also seen the pedicab
decorated with a lot of beauty and cute things to attract the tourists to sit
on it and had a travel around the town. Before went back to UKM, we even went
to the Jonker Walk to buy and enjoy our
delicious foods.
Realiti
Realiti
merupakan keadaan yang betul-betul berlaku dalam kehidupan. Kadangkala ia susah
diterima oleh manusia kerana masih ada orang sanggup hidup dalam dunia sendiri
dan tidak terima apa-apa yang telah terjadi terhadap mereka. Dalam dunia ini,
kita sentiasa mengharapkan mempunyai kehidupan yang selesa dan aman, tapi
realitinya kehidupan kita pada masa kini masih huru-hara dan sentiasa berlaku
ketidakamanan dalam kalangan masyarakat. Bukan itu sahaja, persahabatan itu
juga merupakan sesuatu isu yang sentiasa dipersoalkan. Kita berkeinginan untuk
berkenalan dengan sahabat yang sangat setia dan baik terhadap kita, tapi
realitinya sahabat yang seperti ini sudah hampir pupus dan kurang. Kebanyakan
orang kini bersahabatan berdasarkan faedah dan persahabatan itu tidak akan
berkekalan disebabkan pengaliran masa. Oleh sebab itu, saya sendiri pun rasa realiti
ini sangat kejam dan mencabar terhadap kita. Apa yang kita harus lakukan hanya
menerima realiti ini dan berhadapan dengan hati yang penuh dengan ketekalan dan
keyakinan.
Tuesday, 7 April 2015
Peraturan
Dalam dunia ini, terdapat banyak peraturan yang perlu kita patuhi. Contohnya, peraturan awam, peraturan sekolah, peraturan rumah dan sebagainya. Peraturan ini diwujudkan untuk memastikan keadaan yang sentiasa teratur dan kehidupan yang selesa dan aman-damai. Walaupun demikian, saya rasa bukan semua peraturan wajib diikuti kerana peraturan itu juga ditentukan oleh manusia. Ini bermaksud ia boleh diubah pada bila-bila masa sahaja sekiranya terdapat sebab-sebab yang munasabah. Sebenarnya saya juga tidak berapa suka jika ada peraturan yang membebankan saya. Tetapi saya akan berusaha untuk mematuhinya kerana saya akan rasa menyesal nanti sekiranya tidak ikut apa-apa peraturan yang sepatutnya dipatuhi. Lagipun, saya juga akan rasa salah dalam diri saya sendiri juga. Oleh itu, patuhilah peraturan yang sedia ada kerana ia baik untuk anda dan ketidakpatuhan anda mungkin akan membawa kesan yang tidak dapat dijangkakan terhadap diri anda.
Monday, 6 April 2015
An unexpected day in my life^^
Last friday, I had an outing to The Mines with my friend Lim. That day, we decided to go there to buy some basic necessities only so I think that it won't take too long time for us. Who knows when we were going to go back, we saw a BBQ restaurant. Then, we decided to fill up our stomach before going back as we can eat whatever in the restaurant with student price RM29 each person. When we realised we were wasting too much time on eating, then we just feel want to go back..We rushed to station KTM at almost 6pm..Finally we got into the KTM. But what happen next make us feel annoying!! Unfortunately, the KTM stop immeadiately and stucked on the half way from serdang to kajang. No electicity also inside the KTM.. Can you imaging how hot and smelly when there were crowded with a lot of people? After a few minutes, the KTM still not functioning. The staff opened the door to let the fresh air coming..Some people even decided to go down to walk back to serdang including us.
When we walked until half way, we heard someone say that the electricity was back!!! We were very happy and returned to KTM to go back to UKM..It was the unexpected day in my life. I can even stuck and walked on the KTM track?!!
Subscribe to:
Posts (Atom)