Tuesday, 31 March 2015

Perancangan untuk melancong ke...PORT DICKSON & MELAKA!!!!

Sudah hampir 7 bulan saya di UKM, belum pernah lagi saya pergi mana-mana tempat melancong di Semenanjung. Nasib baiknya kawan-kawan saya telah bercadang untuk mengadakan satu trip pada mid-sem break ini. Tetapi yang pening kepala sekarang ini ialah pergi mana melancong?? Di Semenanjung ini, banyak tempat-tempat yang menarik sedang menantikan saya. Pada mula-mulanya, kawan saya mencadangkan untuk pergi ke Cameron Highlands...Saya amat gembira kerana saya teringin sangat untuk pergi tempat yang suasananya sejuk dan nyaman...Kami pun mulakan rancangan kami dengan melayari internet untuk mencari  dan mengumpul maklumat tentang Cameron Highlands. Beberapa hari kemudian, tertiba-tiba dengar seorang rakan saya kata perjalanan ke Cameron susah untuk memandu dan bukan sesiapa pun berani untuk memandu perjalanan naik ke bukit. Oleh sebab itu, rancangan kami ini terbatal. Saya berasa kecewa sangat bukan disebabkan tak jadi pergi tapi disebabkan hasil pencarian kami beberapa hari ini telah hancur dan tidak digunakan. Walau bagaimanapun, dengan sifat tidak mudah putus asa kami, akhirnya kami berjaya membuat keputusan ke dua tempat untuk melancong, iaitu.....PORT DICKSON dan MELAKA!!!!

Tanggungjawab

Apa tanggungjawab kita sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi mahupun seorang anak?? Sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi, kita tahu tanggungjawab kita adalah seorang menjadi mahasiswa/mahasiswi yang cergas dan cerdas dalam pelbagai aspek seperti fizikal, mental, rohani dan jasmani. Walaupun perkara ini susah untuk dicapai, namun aspek fizikal, mental dan rohani selalu saya aplikasikan dalam kehidupan saya kecuali jasmani memang susah untuk saya sebab saya seorang yang malas melakukan perkara yang meletihkan diri sendiri. Bagi tanggungjawab seorang anak, sewajibnya tanggungjawab kita adalah perlu taat setia kepada ibu bapa kita dan tidak menyakitkan hati mereka. Sekarang ini, saya telah melakukan tanggungjawab saya dengan mendapat keputusan yang terbaik supaya dapat mengembirakan ibubapa saya dan membolehkan mereka bangga dengan pencapaian saya. Untuk masa depan yang akan datang, saya berharap saya dapat pekerjaan yang berpendapatan tinggi supaya dapat menampung segala perbelanjaan keluarga saya dan memberi mereka kehidupan yang paling selesa. Kerana ini adalah TANGGUNGJAWAB saya....

Wednesday, 25 March 2015

Alasan

"Alasan yang seringkali ku dengar, alasan yang seringkali kau ucap"~~Perasaan penat tertimbul dalam hatiku bila dengar lagu 'Sandiwara Cinta' ni..Haiz...penatku klw dengar orang2 bg alasan yang pelik2 klw tak dpt dtg tak dpt hadir lah....Saya tau setiap org tu mmg ada alasan sendiri...tapi jangan anda lupa pula anda juga mempunyai tanggungjawab thdp alasan yg kau berikan tu..Apa2 alasan yg kau berikan tu mesti wujud dan telah berlaku supaya dpt mempercayakan org lain terhadap diri anda. Utk mengelakkan diri anda disalahfaham dan dibenci olh org lain..elakkanlah beri alasan yang org lain tak suka!! Oleh sebab itu, saya jarang bg alasan yang membuatkan org lain tak suka. Haha...saya perasaan betul ni~~^^

Perjumpaan Etika dan Professional dengan Prof Adi??

Hari Sabtu yang lepas, satu perjumpaan etika dan juga penyelesaian masalah telah diadakan di cesmed fep. Mula2 tak tau pun mana tmpt tu tapi akhirnya trjmpa juga lps penat2 carinya...haha..Baru masuk kls, prof Adi suruh saya makan sarapan pagi. Wah~bestnya ada sarapan!!! Tapi saya dah  makan pagi baru datang kelas ni..takpe lah...makan je walaupun masih kenyang..Lepas tu, kami pun mulakan kelas kami...Prof Adi memang prof yang baik sebab kami boleh guna program yang kami sudah jalankan semester lepas untuk clearkan kursus ini...Kami juga dibawa ke office cesmed yang di luar kawasan UKM untuk tengok slide tentang Lawatan ke Rumah Al-Fikrah. Bukan itu sahaja, prof juga membawa saya dan kawan2 saya balik ke kolej masing-masing lepas perjumpaan ini kerana memandangkan tiada bus melalui tempat tu dan jauh dari kolej kami. Fuyoo~~bestnye dapat tumpang kereta prof balik ke kolej!!! Lagipun, kereta prof tu ada beza sikit dgn kereta lain sebab keretanya hanya ada 2 pintu sahaja!! Haha~

Tuesday, 17 March 2015

Ulang Tahun

#Throwback#

Topik minggu ni Ulang Tahun...Saya di sini pun showkan gambar yang ditangkap semasa ulang tahun hari jadi saya yang telah berlangsung pada 01 Mac 2015...Tahun ini saya telah sambut hari jadi saya yang ke 20.. Saya amat gembira kerana dapat sambut hari jadi di rumah dengan keluarga saya.
  Pada hari tersebut, ibu saya telah menghidangkan lauk pauk yang saya suka makan dan bapa saya telah membelikan kek hari jadi untuk saya.. Bukan itu sahaja semua ahli keluarga saya juga menyanyikan lagu hari jadi untuk saya..Saya berasa amat bahagia kerana walaupun saya dah semakin dewasa keluarga saya sambutkan juga hari jadi untuk saya.  Walaupun saya tidak terdapat apa-apa hadiah daripada mereka, tapi mereka tetap memberikan saya angpaw sebagai hadiah hari jadi ^^

Bengkel Kemahiran Maklumat

Jummat minggu lepas saya telah menghadiri satu bengkel anjuran PTSL dengan book club KIZ yang bernama Bengkel Kemahiran Maklumat. Saya sebagai ahli Book Club KIZ mestilah saya hadir untuk menyokong program ini. Lagipun, terdapat juga 20 merit diberikan kepada sesiapa yang menghadiri bengkel ini. Ruginya kalau saya lepaskan peluang ini. Dalam bengkel ini, pihak PTSL telah mengajar pelajar cara untuk mendapat malumat seperti article, thesis, dan journal dengan mengunjungi website ptsl melalui e-thesis, e-jounal  dan lain-lain. Rupa-rupanya maklumat yang kita ingin carikan selama ini sebenarnya adalah senang dicarikan sekiranya kita menggunakan teknik-teknik pencarian yang betul. Selepas menghadiri bengkel ini, saya dah menguasai teknik untuk mencari sesuatu maklumat dan tidak lagi bergantung kepada Google. Hooray!! ^.^

Saturday, 7 March 2015

SILAP

Setiap orang pernah buat silap......termasuk saya...Imbas kembali pada hari khamis minggu lepas...Hari itu ialah hari pertama saya hadir ke kelas aplikasi komputer...saya telah buat satu kesilapan yang kebanyakan pelajar akan buat----lewat masuk kelas!! Ingatkan saya sempat masuk kelas sebelum prof sampai...manalah tau sebelum saya masuk kelas saya ternampak semua pelajar dah duduk senyap di tempat masing-masing...saya barulah tau prof dah masuk kelas....Dahlah saya tak hadir kelas 2 minggu yang lepas..lewat masuk kelas lagi pada kelas pertama ni...matilah saya...mesti kena marah ni..Tetapi apabila saya disuruh untuk masuk kelas...prof  hanya suruh saya berdiri sementara dan menasihati kami supaya sentiasa memberitahu kepadanya jika rakan2 kita tak dapat hadir...Saya berasa amat bersyukur kerana prof tidak marahkan saya di depan orang ramai walaupun saya telah buat kesilapan...Saya hanya berharap lain kali tidak akan mengulangi silap ini lagi...

Bicara Ikon Khidmat Masyarakat

Sabtu pagi...Apabila orang ramai sedang tidur lena atas katilnya...saya pula kena bangun awal pagi untuk menghadiri satu bicara ikon khidmat masysrakat di kolej saya. Disebabkan program ini mempunyai merit sebanyak 20 markah..saya pun tidak lepaskan peluang ini....Program ini telah menjemput Puan Azila Aziz untuk memberi bicara tersebut....Sebelum bicara ini bermula...saya ingatkan bicara ini akan bosan seperti yang biasa.... Apabila bicara mula..rupa-rupanya ia lebih berbeza dengan bicara yang saya pernah hadiri dulu..Puan Azila mempunyai banyak gaya dan lawak apabila memberi bicara.... menyebabkan orang ramai memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap beliau..Beliau merupakan seorang kaunselor dan telah menjadi sukarelawan dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan dan kemasyarakatan...Beliau menyeru kita supaya sentiasa membuat jasa baik kepada orang lain dan mengenangi jasa ibu bapa...Bukan itu sahaja...Beliau pun banyak kongsikan pengalaman beliau dulu kepada kami selama 3 jam....Selepas menghadiri bicara...saya dapati saya memperoleh banyak ilmu yang tidak pernah diajar dalam buku teks...Saya hanya nak kata~~~berbaloi la saya hari ini kerana memilih untuk menghadiri bicara ini dan bukan tidur di bilik..haha^^

Wednesday, 4 March 2015

The cutest person in my life~~

That cute girl is my niece. We call her Ada.  She appear as my new family member 4 months ago. I  still remember 4 months ago when I am still studying at UKM,  my sister informed me that her daughter was born. I feel relieved as both of mother and daughter were safe. I feel very happy also because I have become aunty since I am still young... From then on, I feel eager to go back to meet this cute girl.Well, the time flies and the semester break was coming. I reached my hometown finally and I meet her. She became chubby chubby and I can't control myself to pinch her chubby cheeks. Luckily, I got the chance to take care of her when my sister was busy. I think it was easy to take care of a baby, but the reality prove that I was wrong. It was a difficult and trouble job!! You can't even sleep well especially when the baby awake in the midnight and seeking for drinking the milk. I feel admire to my sister since she able to do it by herself everyday.. Even it was hard to take care of her, but i still love her. Not because she was my niece only but she gave a lot of happiness and joyful to my family, and the most important is I like to see her sweet smile with her chubby chubby face. Now I was returned to UKM and can't see her cute face everyday. I just can look forward to her growth and hope that she can call me "aunty" when I return again to my hometown in next semester break.

Monday, 2 March 2015

ME

Hi all...My name is Kong Lie Mee. I am 20 years old and still single yet. I am come from Sibu, Sarawak . I am ex-accounting student from Labuan Matriculation College and now is studying economy at UKM, Bangi, Selangor. My favourite food and drink is susie and fruit juice. Purple is my favourite colour. My hobby is playing games and watching tv programme like cartoon and anime. My ambition is to be an accountant because I like to work with numbers and calculation.