Wednesday, 3 June 2015

Akhirnya

     Akhirnya, semua kelas dah habis. Ini bermaksud peperiksaan akhir pun hampir sampai. Apa yang harus saya buat sekarang sepatutnya adalah mengulangkaji mata pelajaran yang telah saya ambil pada semester ini. Tetapi saya pun tak tahu kenapa saya langsung tiada semangat untuk belajar. Adakah saya dah menjadi semakin hari semakin malas? Tak boleh!!! Tak boleh macam tu. Sikap ini akan mengganggu prestasi akademik saya. Minggu ulangkaji dah tiada, saya perlu pandai menggunakan masa dengan bijak! Jangan buang masa lagi. Dengan pembahagian masa yang ditentukan saya  sendiri, saya berjaya menghabiskan semua tugasan dan pembentangan yang telah diminta oleh pensyarah. Lepas habis menulis blog terakhir saya ini, saya  rasa saya mempunyai lebih masa untuk memberi penumpuan yang secukupnya dalam membuat ulangkaji. Akhirnya...

Tuesday, 2 June 2015

Pencemaran

    Pencemaran merupakan tajuk pembentangan saya dalam subjek "Academic Communication". Kenapa saya pilih tajuk ini? Sebab dunia ini penuh dengan kekotoran dan pencemaran. Dan juga saya ingin membolehkan orang ramai mengetahui apakah sebab sesuatu pencemaran berlaku dan kesannya terhadap manusia dan juga alam sekitar. Untuk memudahkan pembentangan saya kemudian, saya telah mencari banyak artikel yang berkaitan dengan pencemaran. Rupa-rupanya kebanyakan pencemaran telah berlaku disebabkan aktiviti manusia yang tidak kawal walaupun terdapat pendapatan yang mengatakan sesetengah pencemaran disebabkan semula jadi. Pencemaran akan menjejaskan kesihatan kita dari segi fizikal mahupun mental. Bukan itu sahaja, pencemaran akan menyebabkan kematian binatang, hidupan laut, dan juga tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab itu, untuk mengelakkan dunia ini menjadi semakin teruk, maka kita sebagai manusia perlu bertanggungjawab terhadap perbuatan yang kita lakukan. Melindungi dan memeliharalah bumi ini kerana ia hanya satu, serta memastikannya sentiasa bersih dan cantik.